WELCOME TO MY OFFICIAL BLOGSPOT PAGE!!! ENJOY YOUR READ!!

Saturday, April 23, 2011

cerita cute.

Adila dan Syahmi telah berkahwin selama dua tahun.
Syahmi suka menulis dan mengambil gambar.
Syahmi sangat sayangkan Adila,
namun Adila ialah seorang yang panas baran dan selalu buli Syahmi.
Syahmi sentiasa sabar, dan mmbiarkan Adila menang.

satu hari, Adila buad pangai lagi.

" kenapa you tak bole jadi photographer untuk perkahwinan kawan i? "
" i takda masa lah time tu. "
" humphh!! "
" apenye? "
" takde mase konon, kurang kan menulis novel tu, baru you ade time yang you perlukan. "
" mane bolehh, nanti ada yang kempunan nak baca karya i. "
" ahh! i tak kira. you kene amik jugak gambar perkahwinan diaa!! "
" taknak. "
" sekali ni jee? :') "
" taknak. "

disebabkan tak dapat pujuk.
dia mengambil tindakan drastik.
dia ugut Syahmi.
" you kene bersetuju jugak dalam masa tiga hari. kalau takk...."

hari pertama,
dia tahan Syahmi dari menggunakan kemudahan di rumah.
seperti bilik air, dapur, komputer, peti sejuk, televisyen dan sebagainya.
kecuali katil mereka.
untuk menunjukkan " dia tidak sekejam yang disangka "
kerana semestinya Adila perlu tidur di katil itu.
Syahmi tak kisah,
dia masih ada duit dalam poketnya.

hari kedua, dia merampas segala hak milik Syahmi,
termasuk duitnya. dan dia memberi amaran kepada suaminya.
" you mintak pertolongan org lain, siap!! "

Syahmi gelabah, malam tu. dia pujuk Adila.
supaya tidak memaksanya lagi.
namun Adila berdegil. dia tidak mahu bertolak ansur.
selagi Syahmi tidak bersetuju untuk menjadi fotografer.

hari ketiga, malam.
Syahmi baring menghadap arah lain.
begitu juga Adila.

" you, kita perlu berbincang. "
" kalau bukan pasal perkahwinan tu, i tanak. "
" tak, ini lebih penting. "

Adila diam.

" I nak bercerai dengan you. "
Adila tersentak. dia seolah-olah tidak mempercayai apa yang didengar nya.
" I ada jumpa seseorang ni. "

Adila marah, dia ingin memukul suaminya.
tapi dia tahan, tunggu syahmi habis cakap.
matanya sudah mula berair,
dia tidak sanggup kehilangan suaminya.
Syahmi mengeluarkan satu foto dari poketnya.
satu-satu tempat yang Adila lupa nak check.
cuai sungguhh.

" dia seorang yang baik. "
Adila menangis.

" dia ada personaliti yang menarik. "
Adila patah hati, Syahmi telah meletakkan wanita lain dekat di hati nya.
" dia dah cakap kat i yang dia akan sokong i seratus peratus dalam bidang menulis i lepas kami kahwin. "

Adila sangat cemburu sebab dia pernah cakap benda yang sama sebelum mereka berkahwin.
" dia sangat sayangkan i."
Adila ingin bangun dan bertanyakan kepada syahmi : " i tak sayangkan you ke? :("
" so, i rasa dia takkan paksa i buat benda yang i taknak. " 

Adila berfikir sejenak. namun dia tidak dapat fikir apa-apa.
" you nak tengok gambar dia? :') "
" ............!!!!!!!!"

Syahmi letak gambar tu depan mata Adila.
kerana terlalu marah,
Adila tepis tangan Syahmi lalu menamparnya.
Syahmi mengeluh, dan Adila pula menangis.
lalu Syahmi simpan gambar tu di bawah bantalnya.

Syahmi tutup lampu, dan tidur.
Adila pula buka lampu, kerana dia tidak boleh tidur.
dia menyesal kerana menampar suaminya begitu.
Adila menangis, kerana banyak benda di fikirannya.
dia mahu suaminya bangun,
dan usap air matanya.
Adila tidak mahu memaksa suaminya lagi.
dia memandang bantal Syahmi,
slowly dia selitkan tangannya untuk dapatkan gambar itu.
dia ingin lihat, siapakah gadis tersebut.

pabila lihat gambar itu,
adila ingin menangis dan gelak.
gambar itu sangat cantik,
ketika dirinya sedang berbulan madu di Australia bersama suaminya.
perlahan-lahan dia mencium pipi suaminya.
sambil bisik : " im sorry sayang, iloveyou. "

Syahmi hanya tersenyum. dia terus pura-pura tidur. :')

1 comment:

  1. sweet <3
    ^_^
    nk share tak leh ke ?? ;)

    ReplyDelete