WELCOME TO MY OFFICIAL BLOGSPOT PAGE!!! ENJOY YOUR READ!!

Thursday, April 21, 2011

sayang, iloveyou. :')


Aina merupaka seorang gadis yang pendiam dan pemalu.
manakala kekasihnya Rasyid merupakan seorang lelaki yang periang dan banyak cakap.
mereka merupakan sepasang kekasih bagai pinang dibelah dua.
tetapi, disebabkan mereka ada perbezaan darjat,
hubungan Aina dan Rasyid ditentang habis-habisan oleh bapa Aina.

Aina sedih, dia tidak mahu kelihangan kekasihnya.
begitu juga Rasyid.
namun, perasaan sayang mereka yg mendalam telah membuat mereka 'couple' senyap2.
hubungan mereka sangat lama hingga lah ke alam kolej.
tapi sayang,
kedua-dua pasangan itu terpaksa belajar di kolej yang berbeza.
Rasyid perlu belajar di Australia,
manakala Aina pula belajar di Lim Kok Wing University.

sebelum Rasyid meninggalkan Malaysia,
dia berkata kepada Aina :

"bila habis je blaja ni, saya akan kerja, and bila saya dah dapat duit, saya akan kahwin dengan awak. saya janji. :')"

dan Aina pun mengangguk setuju lalu senyum. dia memegang janji itu. dia langsung tidak layan mana-mana lelaki yang ingin mendampinginya.

namun, suatu hari, bapa Aina telah mgetahui bahawa Aina masih menjalankan hubungan dengan Rasyid.
akibat terlalu marah, beliau merampas telefon bimbit Aina lalu menghempasnya ke lantai.
Aina hanya mampu menangis apabila melihat henfonnya hancur berkecai.
walau bagaimanapun, Aina bersyukur,
kerana dia masih ada alamat kekasihnya di Australia.
lalu cara perhubungan mereka bertukar,
mereka mula mengutus surat.
mereka sangat bahagia. :)

masa kian berlalu, dan secara tidak sedar sudah tiga tahun Rasyid di Autralia.
Aina menerima surat dari kekasihnya berkata :

" sayang, saya sudah pun menamatkan pengajian saya. dah sudah bekerja. tunggu lah lagi dua tahun supaya saya dapat menjamin kewangan saya. setelah itu, saya akan kembali mengahwini awak. Iloveyou Aina. <3"

Aina sangat gembira.
lalu dia pun meulis balasan suratnya dengan penuh senyuman.
Dalam perjalanan pergi ke pejabt pos,
Aina ingin memandu di tempat letak surat,
tetapi entah mengapa, dia ingin melintas jalan pula.
akibat terlalu gembira,
Aina tidak sedar ada kereta sedang pecut laju ke arahnya.
tiba-tiba....................

Aina membuka mata, dirinya dikelilingi mama, papa and kawan baiknya.
dia ingin mencari Rasyid, tapi tak jumpa.
dia ingin bertanyakan tentang Rasyid,
apabila dia membuka mulut, tiada suara yang keluar.
Aina terkejut, keliru dan sangat sedih.
dia bersikap seperti orang histeria apabila tiada suara keluar dari mulutnya.
doktor datang, lalu menenangkannya.
dan doktor itu berkata :

" Aina, awak koma selama seminggu selepas kemalangan itu. dan akibat daripada kemalangan itu juga, ia telah merosakkan kotak suara anda, kerosakan itu tidak dapat dirawat. ianya berkekalan. anda cuma boleh belajar bahasa isyarat di sekolah untuk orang bisu di kawasan ini. " lalu doktor itu beredar meninggalkan Aina.

bisu?? BISUUU??!! Aina terkedu.
dia hanya mampu menangis.
dia tidak dapat berkata apa-apa.
dia hanya menangis dalam senyap.
lalu dia teringatkan kekasih kesayangannya,
dia terlalu merindui Rasyid, tetapi dia malu.
malu dengan keadaan dirinya,
dia takut Rasyid tidak akan menerimanya sekiranya dia bisu.
lalu Aina mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu sendiri.
dengan tidak mengutus surat dengan Rasyid lagi.

saban hari, Aina sering menerima surat dari Rasyid bertanyakan khabarnya,
telah banyak surat daripada Rasyid yang Aina tidak balas.
senyumannya hilang, tidak seceria dulu lagi.
sekarang Aina sering menangis,
setiap kali dia menerima surat dari Rasyid,
masa itu lah dia akan menangis.
menangis mengenangkan nasib dirinya.

dua tahun berlalu, Aina telah pun fasih berbahasa isyarat.
dia belajar di sekolah swasta khas untuk orang Bisu.
suatu hari, Aina dan kawan baiknya sedang pulang dari membeli bunga,
sampai di depan rumah Aina, kawan baiknya memberi dia sampul berwarna putih.
Aina hairan lalu bertanya dengan bahasa isyarat.

" apa ni Min? surat apa pulak ni? "

Yasmin balas, surat jemputan kahwin Rasyid.
dengan perasaan kecewa, sedih, marah, patah hati, dan sebagainya bercampur.
Aina dengan pantas merampas sampul itu dan mengeluarkan kad jemputan tersebut.
dia  membaca setiap perkataan yang tertera di kad tersebut.

"UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN RASYID & AINA <3"

Aina keliru, belum sempat dia bertanya kepada Yasmin,
Rasyid sudah pun ada di depan matanya.
Aina terkejut, lalu memalingkan mukanya dari Rasyid.
tapi tindakan Yasmin yang memalingkan kembali mukanya ke arah Rasyid menyebabkan Aina tidak dapat berbuat apa-apa.
Aina hanya mampu memandang Rasyid.
Rasyid senyum lalu membuat isyarat tangan dan berkata :

" Yasmin dah bagi tahu saya segala-galanya. saya sanggup berhenti kerja selama satu setengah tahun semata-mata ingin berlajar bahasa isyarat. saya tidak kisah tentang kecacatan diri awak. saya sangat cintakan awak. dua tahun sudah berlalu, dan saya ingin menunaikan janji saya. " 

lalu dia menghampiri Aina dan berkata.

" berilah saya peluang untuk menjadi suara awak. saya telah pun berbincang dengan papa awak. dia telah pun merestui perhubungan kita. dia merindui senyuman anaknya. dan awak lah segala-galanya bagi saya. iloveyou Aina. * sambil mengeluarkan cincin berlian dan melutut* sudikah awak menjadi isteri saya? " 

akhirnya, senyuman Aina yang telah lama hilang, kini kembali mekar. dan hubungan percintaan mereka diakhiri dengan ijab kabul yang sangat sempurna. :')

6 comments:

  1. meremang bulu roma abang baca. sweeeeet sangat dik :)

    ReplyDelete
  2. ouch ! Touching Touching ! =) LOVE THIS STORY DEAR ! :)

    ReplyDelete
  3. abg azim : heheeee. mekasih abang.

    najwaa : thankyou. ^^

    ReplyDelete
  4. adoi. believe it or not. i'm crying :')
    that's so sweet. and great story ;)

    ReplyDelete