WELCOME TO MY OFFICIAL BLOGSPOT PAGE!!! ENJOY YOUR READ!!

Sunday, May 1, 2011

comel~

ada seorang lelaki yang sangat tampan wajahnya,
bernama Akmal,
dia mempunyai seorang kekasih bernama Alyn.
Alyn merupakan seorang yang sangat ceria dan kebudak-budakkan.
setiap hari, mereka akan berjalan sama-sama di taman.
apabila Akmal sedih,
Alyn akan sentiasa menghiburkannya.
namun Alyn sering tidak mengambil serious setiap kali Akmal ckp "iloveyou" kepadanya.
dia hanya akan gelak dan bergurau tentang kata-kata Akmal.
namun Akmal tetap bersabar.
dia tahu Alyn sayangkan dirinya.
dan Akmal juga sangat sayangkan Alyn. :')
sweet sungguh mereka. 

suatu hari, Akmal telah berbincang dengan orang tuanya.
dia ingin mengahwini Alyn.
ibu bapanya setuju,
lalu mereka menyuruh Akmal membeli cincin untuk kekasihnya.
Akmal sangat gembira.
hasratnya ingin berkahwin dengan Alyn direstui oleh mama dan papanya. ^^
dia cepat-cepat keluar untuk membeli cincin.
tetapi dia tidak bagitahu Alyn,
kononnya dia ingin memberi kejutann.
awhhh. <3

pada masa yang sama,
Alyn duduk berseorangan di rumah.
dia memikirkan di manakah gerangannya Akmal.
dia text Akmal, tidak berbalas,
dia call Akmal, tidak diangkat.
Alyn bingung, bengang, nasib baik tak bangang jee. =.='
dia rindukan Akmal.
dia cuma berdoa agar kekasihnya selamat. 
tidak lama kemudia, Alyn mendapat mesej dari Akmal.

" I nak jumpa you nanti, i ada surprise untuk you. siap cepat ea sayangg, iloveyou. :') "

Alyn sangat gembira!
dalam hatinya berbunga-bungaa.
cepat-cepat dia naik ke biliknya dan bersiap secantik boleh.
dia ingin tahu apakah surprise itu.
nak kata hari itu birthday dia? 
tidakk.
nak kata itu ulang tahun dia dengan Akmal?
tidak jugaa.
lalu dia berkata pada diri sendiri.

" ahh, buang tebiat lah tuu, tiba-tiba nak bagi surprise. harap-harap dia bagi teddy bear yang besaa. woo! "

setengah jam kemudian.
Akmal sampai di depan rumah Alyn.
Alyn pun keluar dari rumahnya dan terus masuk ke kereta Akmal.

" kita nak kemana ni? Mcd? :D "
" nope, we're going to some place better. "
" kat mane? mane teddy bear I? "
" teddy bear? bile mase pulak I nak bagi you teddy bear? "
" tadi you cakap nak bagi surprise? "
" ohh. hahahha. i tak bagi teddy bear. i bagi sesuatu yang even better. "
" umm. "

Akmal terus meluncur laju ke destinasi mereka.
tiba sahaja di destinasi tersebut.
Alyn terpegun.
dia sedang melihat sebuah restoran lima bintang di depannya, 
dengan pemandangan laut yang sangat cantik.
ini kah kejutan yang ingin Akmal beri? bisik hatinya.
belum sempat dia termenung lama-lama.
Akmal sudah pun mengajak Alyn duduk di sebuah meja khas untuk mereka.
lalu mereka pun order makanan yang paling mahal disitu.

semasa makan, Alyn banyak mendiamkan diri.
adakah dia patut gembira? 
sebab Akmal membawanya ke restoran lima bintang besertakan pemandangan yang indah.
atau dia patut marah?
sebab Akmal cuma mengajaknya makan.
tanpa dia sedari,
Akmal sudah pun melutut di sebelah nya.
Alyn terkejut. 
" ape pulak tebiat mamat ni? nak mampos dah ke? " bisik hatinya.

Akmal melutut tepi Alyn,
dan mengeluarkan sebentuk cincin berlian.
dan berkata :

" sudi kah you menjadi isteri I? "

Alyn hanya tergelak.
dia memikirkan Akmal sedang melawak dengannya.
lalu dia pun berkata.

" hahahahah!! you gila ke? sape nak kahwin dengan you? I cume akan kahwin dengan spongebob je! "

Akmal hampa, dia terasa dirinya dipermainkan.
dia terduduk, matanya basah. Akmal menangis.
dia tidak pernah terasa sedih sebegitu.
dia sangat cintakan Alyn,
tapi Alyn tidak pernah serious dalam perhubungan mereka.
sentiasa main-main.
Alyn duduk depan Akmal,
dia melihat air mata Akmal yang berlinangan.
serta merta dia kesat lembut air mata Akmal,
dan mencium bibir nya sambil berkata :

" sudikah you jadi spongebob I? :') "

1 comment:

  1. Saya suka Teddy Bear!!
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Anda Mengalami Masalah Berikut? *kekurangan idea untuk membeli hadiah tersayang? *kesukaran mencari Big Teddy Bear yang besar tapi murah? *susah membawa Big Teddy Bear ini pulang dari kedai ke rumah? sila klik utk penyelesaianya => http://www.bigteddybear2u.com/aff/?id=716645

    ReplyDelete