WELCOME TO MY OFFICIAL BLOGSPOT PAGE!!! ENJOY YOUR READ!!

Tuesday, July 24, 2012

can't sleep.

Assalamualaikum,


ni nampak ni? kalau boleh rasenye nak hantukkan kepala kat pokok ni, supaya senang tido. #ehyeke? *bajet twitter ah tu. cacat. *


gahhh. aku tak boleh tidur dan ini sangat mengganggu. mana tak nyaa. siang-siang terhegeh nak membuta. malam bukan main active lagii. ishh, tak boleh jadi nii. tahukah andaa bila aku ashik tidur lambat jee, nanti kemudaan aku terjejas. *sila ambik baldi dan muntah* eh betul hape, tak elok tau anak dara tidur lambat. nanti mukaa berkedut kedut tak cukup rehat. pastu mula lah merungut jerawat naik lah, jeragat lah, kulit berminyak lah, lkjasdfghjk lahh, zxcvbnmpoiuytrewq lah, dan sewaktu dengannya.atau mungkinkah aku ni nocturnal? :O hahaa. get lost. tidak mungkin.


type punya type punya type aku dah tak sedar sekarang pukul berapaa. al maklumlah. beta sedang memikirkan ayat yang gramatis untuk ditaip sampai beta sedar para pembaca mesti rasa yeekk yeekkk nak muntah sambil berkata dalam hati pirahh mabok. furthermore, aku terlupa yang aku tengah taip dalam gelap yang confirm akan meningkatkan power spec mata aku yang rabun dan tak lama lagi akan butaa nii. huhu, dan tanpa ku sedari juga bahu aku tersa sakit yang amat disebabkan lenguh. haduii. mana kerusi urut Rest and Go nii. nak kena suruh mummy beli nii.


baiklah pembaca yang sengal sekalian. hahahaha. melampau tuuu. sorrii sorii. aku bila bosan malam malam buta cenggini memang tak lain tak bukan akan menggila di belogsepotdotcom. *siape dapat bace korang normal, tahniah :)* yelahh, pabila aku dilanda kebosanan. mulalah aku nak bercerekarama dekat blog nii. dan untuk pengetahuan kalian, selalunya apa yang aku taip memang bersifat hiperbola melampau dan kadang-kadang aku sendiri pun tak paham ape yang aku taip. haihh. kesian kan? maka silalah bantu orang terlebih upaya ni dengan menderma ke akaun bank amanda. hahaha. :D *ada rasa nak bagi kaki tak? :D*


aku rasa kauorang pun pernah alami benda yang sama. dimana bila kita tak boleh tidur, kita cuma akan baring, fikirkan apa yang telah kita lalui selama kita hidup, apa yang sepatutnya berlaku dalam hidup kita, dalam erti kata lain, kauorang akan berangan sambil berkata : kan bagus kalau blah blah blah, kan bagus kalau itu, kan bagus kalau ini, kan bagus sana, kan bagus sini, ehh dah tak larat lah aku nak taip kan bagus niii. pastu mulalah berangan pasal masa depan pulak. dalam hati dah terdetik : nanti nak buat macam ni, nanti nak buat macam tu, lepastu aku akan ini, aku akan itu, eh tak larat aku nak taip benda yang sama woii. kemudian dalam masa yang sama pulak kita akan terfikir orang yang kita sayang, orang yang kita benci, orang yang sepatutnya kita lupa tapi TERingat balik, orang yang patut kita ingat tapi lupa, sangat menguji kesabaran kan? grr! betol tak? betol tak? haaa. jangan nafikan lahh. yess aku tahuu, aku memang memahami. :'> 


bila baca balik apa yang ditaip nii, aku rasa mesti cikgu BM aku bangga sebab aku buat karangan panjang panjang melebihi 350 patah perkataan.tapi kalau diberi tajuk Karangan Merapu lahh. hahahaa. bila tulis macam ni time SPM confirm aku dapat E+. eh okay lah tu kan, E maknanya Excellent. haaa, mintak kena maki macam ni lah. hahaha. aku sangat lah suka merepek sampai benda yang tak kelakar pun aku rasa kelakar. tapi nasib baik ada kawan-kawan tiga suku yang beza dari segi fizikal, segi jasmani, segi rohani, segi tiga, segi empat, SEGI college, ha tengok tu dah menyimpang dari maksud asal, nak padam malas gini lah jadi nye. hohoo, anyway, nampak tak beza dari pelbagai segi tadi? tapi ada satu je yang sama. yeahh. segi mental. kalau tak sama takdenye kami nak tubuhkan geng tiga sukuu. gile ke? *nampak tak permainan dia?*


Sekian sahaja dari beta, *seronok ah korang aku nak habis taip dah?* well, sebenarnya beta ingin merepek lagi dekat sinii. tapi apakan dayaa. otak tiba-tiba traffic jam dan mata pun mula nak tutup. beta rasa baik beta beradu dulu lahh. karang tak bangun sahur kang, kebuloo kang tak pasal pasal bukak puasa. ceitt. cobaan. ok lah bye, Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysiahh! :D


p/s : actually saya pun tak tahu kenapa saya gelarkan diri saya 'beta'. hahahah. maybe dah jadi habbit plus hobby kot.and perasan tak, post aku taip ni melencong dari tajuk. ngahaha. harap kauorang semua tak sakit mata baca post ni. sebab aku buat warna warni.nanti buat satu warna kang korang pening. and tulisan pun agak besar sikit. sebab sebelum ni tulisan kecik, mata aku pun terkebil-kebil baca. anyway. byeee. :)

1 comment:

  1. perghh ni mmg tahap kebosanan maksimum nih hahahaha

    do visit n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/all-in-1.html

    ReplyDelete