WELCOME TO MY OFFICIAL BLOGSPOT PAGE!!! ENJOY YOUR READ!!

Sunday, May 12, 2013

Tentang Kita *part 6*




Kini Arisa bakal menamatkan pengajian dan tidak lama lagi dia akan sambung membuat Ijazah. Namun, hari yang dinantikan oleh segala siswa siswi sem 6 bakal menjelang. Iaitu Hari Graduasi. Ya! Diploma yang bakal Arisa genggam, yang dahulu seakan impian kanak-kanak, kini akan menjadi kenyataan. Arisa tersenyum sendirian, mengimbau kembali kenangan yang diperoleh selama dua tahun setengah itu. Pahit manis masam masin semua ada. Ada yang membuatnya sedih atau terharu sehingga mengalir air mata, ada yang membuatnya terburai ketawa. Sesekali Arisa berjalan sekitar kampus, mengenangkan kembali perkara yang dilakukan. Adakah ini bab pengakhiran kisah Diplomanya? Bagi Arisa, bab yang terakhir bermakna akan bermulanya bab yang baru. Hidup perlu diteruskan.

Sedang Arisa mengemas pakaian ke dalam bagasinya, dia jumpa sebuah kotak berwarna ungu. Perlahan dia membuka kotak tersebut, dia terkelu seketika. Segala kerja dihentikan, lalu Arisa duduk atas katilnya sambil membelek isi kandungan kotak tersebut. Terdapat beberapa keping gambar dia bersama rakan-rakannya. Arisa mengenang satu persatu gambar tersebut, lalu terhenti apabila gambar Rafiq muncul. Gambar yang diberi Rafiq tanpa diminta.

' Wakk, ni gambar saya. Simpan tau?'
'Buat apa simpan? Baik aku bakar je.Tak malu bagi gambar, orang taknak pun. '
' Ishh awak ni tak sayang saya ke? Yelah mana tahu kan kot kot awak kahwin dengan orang lain ke, kalau tua nanti cucu awak tanya ni siapa ke, awak boleh cerita yang ni lah hero yang selamatkan awak! ha kann! '

Terburai tawa Arisa mendengar penjelasan Rafiq. Jauh sungguh dia berfikir. Tinggi sungguh imaginasi beliau.

'Cehh! Kau fikir aku tua nanti aku akan ingat kau ke? Komfem lupa punyalah! '
' Huuu sampai hati. :( saya taknak belanja awak Secret Recipe nanti! '
' Ahaa! Alolooo, mana mungkin aku lupa kau, kau kan hero aku. ' telah Arisa sambil mengenyitkan mata.
' Awak ni kalau bab makan pandai memujuk! Jum ah! '

Flashback tersebut membuatkan Arisa ketawa kecil. Dia tertanya, mana Rafiq sekarang? Setelah Rafiq mendahului graduasi, hubungan persahabatan mereka hilang begitu sahaja. Salah Arisa kah? Salah Rafiq kah? Arisa tidak habis tertanya apakah punca yang memutuskan hubungan persahabatan tersebut. Adakah mereka gaduh besar? Tidak. Gaduh merupakan perkara biasa tetapi mereka sentiasa berbaik, tidak pernah bersengketa melebihi seminggu. Ada kala Arisa akan memujuk, ada ketika giliran Rafiq. Hmm. Apa yang berlaku? Fikir Arisa, mungkin komitmen dia terhadap kolej menyebabkan dia tidak punyai masa untuk orang sekeliling. Mungkin. Namun cepat cepat Arisa buang fikiran tersebut dan mengemas barangnya secepat mungkin.

Detik yang bersejarah telah pun tiba. Arisa dengan pakaian lengkap berjubah hitam, diiringi oleh papanya ke dewan. Memandangkan ibu bapa duduk di barisan belakang, si anak manja papa terpisah buat seketika. Arisa duduk mengikut susunan kategori kelas. Dan syukur Alhamdulillah, Arisa mendapat kelas pertama, yang bermakna dia merupakan pelajar yang cemerlang dengan pencapaian Dekan yang konsisten. Arisa terlalu seronok. Dan apabila nama dia diumumkan untuk menaiki mendapatkan segulung Diploma tersebut, Arisa berjalan penuh yakin dan tertib sebagaimana dilakukan ketika raptai. Senyuman tidak lekang dari wajah kacukan Cina tersebut. Sungguh berseri.

Selesai majlis graduasi, maka sesi penggambaran bermula, dimulakan dengan penggambaran mahasiswa dan mahasiswi, seterusnya penggambaran secara individu, lalu disambung dengan penggambaran bebas. Arisa bersama beberapa orang rakannya melompat sambil menjulang tinggi Diploma yang diperoleh. Dan ternyata gambar yang diambil merupakan saat yang sempurna buat Arisa. ' I did it! I did it!' hanya itu yang mampu dilaungkan apabila Arisa berlari anak-anak mendapatkan saudara maranya yang turut hadir ke majlis tersebut. Arisa sungguh gembira, tidak kata yang dapat menggambarkan betapa bahagia apabila berjaya membuat orang sekeliling bangga dengan pencapaiannya.

Sedang Arisa menikmati hidangan tengahari di dewan, terdapat beberapa persembahan dilakukan oleh bekas pelajar dan juga junior mereka. Arisa tidak berapa menumpukan perhatian kepada persembahan kerana baginya mengisi perut lebih penting. Itulah Arisa, tidak pernah berubah. Sentiasa mementingkan makanan daripada perkara lain. Dan dia pun menjamah makanan di hadapan dengan lahapnya.

' Lagu ni untuk sorang graduate nama Arisa. Is she here? '

Kata-kata tersebut membuatkan Arisa tersedak dan terhenti makan. Lahabau mana yang tiba-tiba sebut nama dia ni? Dan ketika itu jugalah Arisa terdengar sorakan daripada kawan-kawannya, dan dia perasan semua orang sedang perhatikan dia. Cepat-cepat Arisa menoleh ke arah pentas, dan muzik dimainkan, si penyanyi pun mulakan nyanyiannya.

" Waktu terasa semakin berlalu
   Tinggalkan cerita tentang kita
   Akan tiada lagi kini tawamu
   Tuk hapuskan semua sepi di hati "

Arisa masih bingung siapakan lelaki dihadapannya kini. Dan lagu yang dinyanyikan seolah pernah didengarinya. Tapi di mana ya?

" Ada cerita tentang aku dan dia
  Dan kita bersama saat dulu kala
  Ada cerita tentang masa yang indah
  Saat kita berduka saat kita tertawa "

Dan ketika itu jugalah Arisa menekup bibirnya, matanya dibeliakkan, sungguh dia terkejut. Orang yang disangkanya telah hilang kini kembali, ke majlis graduasinya! 'Aku mimpi ke?' getushati kecil Arisa. Saat itu Arisa hanya memerhatikan penyanyi tersebut.Apabila persembahan berakhir, Arisalah orang yang paling kuat bersorak, dilupakan seketika makanan yang tersergam enak dihadapan. Alangkah rindunya dia terhadap sahabatnya, Rafiq.

Usai makan, Arisa tercari-cari akan sahabatnya itu. Hilang lagi lahabau tu? Entah kenapa Arisa begitu geram kerana apabila dia sudah berbahagia, mesti ada yang spoil. Arisa mengeluh, dan dia pun menuju ke kereta bersama papanya untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba Arisa didatangi seseorang dengan membawa bunga.

' Tahniah dah grad! Amboi lupa orang dah ke? '

Arisa kenal suara tersebut, cepat-cepat dia menoleh. Dia melihat Rafiq sedang bersembunyi di sebalikan jambakan bunga yang telah dibalut. ' Weyy bengong kenapa tak bagitau awal-awal kau nak datang hah?! Kau tahu tak aku punyalah sedih kau hilang sekarang kau nak muncul kau kena tangkap alien ke apa?!' kasar sungguh ayat Arisa beserta beberapa das tumbukan berpadu ke dada Rafiq. Bunga yang dipegang Rafiq diberikan kepada papa Arisa. Encik Hakim hanya tersenyum dan menggeleng melihat telatah puterinya.

' Adeyy! Sakitlah awak pukul awak ni jantan ke apa? ' acah Rafiq yang turut geli hati dengan perbuatan Arisa. ' Saya ingatkan awak jadi perempuan matang, rupanya masih lagi macam ni? humph! Tak kawin lah alamatnye, betul tak uncle? ' sambung Rafiq sambil mengenyit ke arah Encik Hakim.

'Woi kau kurang asam jawa eh? ' Arisa mencelah dan menumbuk lengan Rafiq bertalu-talu. Kesian Rafiq. ' Papa, Risa nak jalan dengan kawan Risa ni jap, boleh? ' Arisa mendapatkan keizinan papanya untuk keluar dengan Rafiq.

' Okay sure, just be back before dinner k? Mama masak sedap tu. Rafiq, jaga tunang kau baik-baik. Apa-apa jadi papa carik kau. Faham? ' balas Encik Hakim dengan tegas memandang ke arah Rafiq.
' Orait papa! Eh silap! Boss! ' kata Rafiq lalu menarik lengan Arisa yang tergamam menuju ke keretanya tidak jauh daripada kereta Encik Hakim.

' Wait, tunang? Whaattt?! ' Arisa sungguh terkejut dengan pernyataan Rafiq dengan papanya. Untuk seketika dia keliru dengan perasaannya. Adakah dia sepatutnya seronok, atau marah dengan rancangan papanya. Aghhh! Confuse confuse!!

'Better start talking! ' tegas Arisa sejurus masuk ke dalam kereta Rafiq. Rafiq hanya tersenyum melihat telatah Arisa. Kanak-kanak sungguh! Diploma dah dapat dah, perangai tak ubah! Lalu dia memulakan ceritanya.

" Awak tak ingat ke? Masa awak sem 4, saya nak grad dah. Saya ada cakap nak tunang dengan awak, tapi awak ingat saya main-main, so saya biarkan awak. And bila saya dah grad, saya kerja, at the same time saya persue Degree, bila saya dapat tahu awak dah nak grad, saya fikir nak contact awak, tapi saya tahu awak mungkin busy, so saya biarkan. Saya tak kemana pun, saya rindu awak, sungguh! Saya pun cerita kat mom and dad pasal awak, they seem interested in you Risa. " kata Rafiq sambil menjeling ke arah Arisa yang diam membatu, lalu disambungnya lagi. " So saya bawak parents saya jumpa family awak, tiba-tiba my mom cakap nak tunangkan kita. Papa awak at first cakap dia nak tanya awak dulu, but then saya suruh rahsiakan daripada awak, konon nak buat surprise. Papa awak pun setuju. So, in the end, here we are! In my dream car, engaged! Suka tak? "

" Suka?! Kalau ye pun nak tunang kau tak boleh ke tanya sama ada aku ni dah berpunya atau tak? "

Kata-kata Arisa membuatkan Rafiq terkedu. Kejam sungguh Arisa, tapi salah dia juga tidak bertanya tuan punya badan tentang dirinya. ' Awak dah ada yang punya ke? Kalau ada, saya mintak maaf sangat.' tanya Rafiq sambil menelan air liur, dia takut akan jawapan yang bakal diberikan Arisa, dia tidak sanggup mendengar.

Melihat Rafiq yang ketakutan, Arisa ketawa berdekah-dekah, tak sangka Rafiq disaiko sebegitu dah gelabah. Dengan tenang dia menjawab ' Takde pun, aku saje je nak saiko kau. Tapikan, kalau kita dah tunang, mana cincin? kan sepatutnya ada cincin? And, on the bright side, kau takkan hilang dari aku dah kan? kau tau masa first week sem 5 aku macam janda hilang laki. ' sambil memandang kosong ke arah luar.

Kata-kata Arisa membuatkan Rafiq pula yang terburai ketawa. " Mati laki?! kahkahkah!! Agak-agak la! Hiperbola melampau tu! laki awak tak mati okay? Dia ada kat sebelah awak ni ha, makin hensem lagi tu! Cincin ye? Kita nak pergi beli lah ni! Oh ya, saya terlupa nak cakap something. Benda ni dah lama saya nak cakap. baru harini teringat." kata Rafiq yang mula serius.
Arisa memandang Rafiq. ' Hmm? Apa dia kau nak cakap? '

Rafiq menghela nafas panjang, dan hembus perlahan. ' Cik Arisa Ireen binti Muhamad Hakim, saya nak ucapkan, yang saya sayangkan awak. And I'll do my best, to be your Mr. Perfect. To be your best, and of course, your last. ' Ikhlas sungguh apabila Rafiq ucapkan perkataan tersebut.
' Well Muhamad Rafiq bin Mokhtar, I love you too. And I'll make sure that I'll be your last. Because you are my best friend, my Mister Mine. '   balas Arisa jujur tentang apa yang dirasanya kini. 'Tapi aku kena habis degree dulu baru boleh kahwin! Amacam? Boleh tunggu? ' tambah Arisa yang terkenal dengan sikapnya yang suka spoil mood yang happy.

'Alahh! Dua tahun je, apalah sangat. Kalau awak nak tahu, saya sentiasa perhatikan awak k? So be a good girl!' tegas Rafiq. Arisa hanya tersenyum bahagia dan menjawab 'Yes my dear hubby.'
Dan Rafiq pun memandu ke destinasi diiringi dengan senyuman, begitu juga Arisa.

- TAMAT -


No comments:

Post a Comment