WELCOME TO MY OFFICIAL BLOGSPOT PAGE!!! ENJOY YOUR READ!!

Thursday, June 13, 2013

Ikhtisar


Nafsikah aku
Jika sering fikirkan tentang kebahagiaan diri
Dosakah aku
Jika sering menyakiti orang yang memerlukanku
Kepercayaanku terhadap semua orang kian sirna
Dek kerana pengkhianatan yang aku terima
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Aku cuba mengalah
Tetapi pihak yang salah tetap menang
Kerana mereka aku menjadi pembenci yang tegar
Menghukum semua yang tidak bersalah
Akulah hakim akulah penghukum
Salah aku jugakah
Yang berubah menjadi seorang yang tiada perasaan
Mengecewakan semua yang tersayang
Aku telah lupa
Bagaimana untuk menghargai
Aku sudah tidak peduli
Dengan apa yang bakal terjadi

No comments:

Post a Comment